Kiriman pada: Sat, Feb 20th, 2016

1.5 Juta Pekerja Bangladesh Untuk Bekerja Ke 139 Negara Bukan Malaysia Sahaja

Kongsi maklumat ini
Tags

bgggMenteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem menafikan 1.5 juta pekerja asing Bangladesh akan dibawa ke negara ini, sebaliknya angka itu adalah jumlah yang berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk bekerja di 139 negara seluruh dunia.
Beliau berkata, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani semalam dengan kerajaan Bangladesh adalah perjanjian biasa seperti yang dimeterai dengan tujuh lagi negara lain antara kerajaan dan kerajaan (G2G) dan bukan mengenai membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh seperti yang didakwa.
“Jumlah pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini adalah berdasarkan permintaan dan majikan yang mahu memohon pekerja asing ini perlu memohon secara online melalui Sistem Pengurusan Pekerja Bangladesh.
“MoU semalam mengandungi syarat yang lebih ketat mengenai pengambilan pekerja Bangladesh termasuk dari segi rekod jenayah dan saringan kesihatan, bagi tempoh lima tahun. MoU semalam juga tidak mengandungi apa-apa angka,” katanya pada sidang media di sini, pagi ini.
Semalam, akhbar tempatan Bangladesh melaporkan Malaysia dan Bangladesh memeterai MoU di Dhaka, untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara itu ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.
Perjanjian itu ditandatangani antara Richard dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam.
Richard berkata, pihaknya masih belum mempunyai jumlah pekerja asing yang diperlukan di pelbagai sektor di negara ini dan tinjauan mengenainya sedang dijalankan yang akan siap dalam masa beberapa minggu lagi.
Katanya, ketika ini, negara mempunyai 2.1 juta pekerja asing berdaftar dengan 282,287 pekerja adalah daripada Bangladesh, dan jumlah pekerja asing di negara ini tidak boleh melebihi 15 peratus daripada tenaga kerja yang diperlukan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.