Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

10 Azam Tahun Baru Paling Cliché

Kongsi maklumat ini
Tags

untitled-1-640x282Sampai sahaja tahun baru, pasti ada sahaja pembaharuan yang kita mahu bawakan di dalam kehidupan. Namun, jujurnya kita boleh mengaku bahawa kebanyakan azam tahun baru kita adalah yang sama dan masih tidak tercapai-capai setelah berzaman lamanya.
1. Nak Turun Berat Badan
Ini boleh dikatakan favourite sungguh oleh kebanyakan daripada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Kepada mereka yang sayang akan saiz yang comel, jadikan ini prinsip hidup anda – makin banyak berat yang disimpan, makin comel diri anda.
2. “Tahun Ini Saya Nak Berhenti Merokok”

Kami ada rakan yang sangat bersemangat berhenti merokok tapi malangnya masih belum berjumpa yang mampu berhenti dengan konsisten. Kata mereka, bila berhenti merokok, badan naik. Bila badan naik, salahkan coklat dan manisan yang mereka makan pula. Akhirnya nanti terpaksa langsaikan azam turun berat badan pula.
3. Move On & Mulakan Hidup Baru

Kehidupan anda selepas ditinggalkan kekasih memang sadis habis. Penuh di wall Facebook dengan rintihan sedih pilu kehidupan anda. To be honest, nobody cares about you. Bersedih lama-lama hanya buang masa sedangkan dalam masa yang sama kita mampu hidupkan masa depan yang lebih cemerlang. Jadi, siapa yang tergolong dalam azam yang ketiga ini?

4. Tidak mahu bertangguh

Bertangguh adalah rakan kita yang paling rapat. Sifat bertangguh ini perlu dididik daripada kecil agar ia sebati dengan kita. Satu tips daripada kami untuk mengelakkan sifat bertangguh menjadi kronik ialah dengan membuat list atau things to do setiap hari sebelum tidur. Give it a try and see the results. Itulah rahsia bagaimana artikel ini mampu untuk ditulis.

5. Tahun Ini Nak Cari Duit Lebih

Jika setiap kali anda melihat wallet atau purse anda yang kurus dan anda bersedih, itu memang masalah besar. Mulakan menyimpan dan mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Tapi sebelum mulakan berniaga, cari guru dan tuntut ilmu. Ini dapat jimatkan kos anda daripada tersalah langkah.
6. “Tahun ini Confirm Tak Ponteng Pergi Gym”

Topik kesihatan dan azam tahun baru, nampaknya memang susah untuk dipisahkan. Tapi bab pergi gym ini saya yakin ramai yang kecundang (sambil makan kepak ayam). Kunci kejayaan pergi ke gym adalah jangan skip hari yang anda sepatutnya hadir ke gym. It’s all about discipline, right?

7. Nak Puasa Penuh

Siapa kata orang dewasa memang puasa penuh ketika Ramadan? Ada yang betul-betul sakit dan ada yang buat-buat sakit. Trust me, memang ada orang struggle untuk puasa penuh setiap tahun. Moga-moga tahun ini berjaya, ya?

8. Mahu Dapatkan Anugerah Dekan

Kami masa belajar dulu masa awal-awal peduli juga mengenai anugerah dekan ini tapi akhirnya ketinggalan dan berkubur untuk dapatkan anugerah dekan. Pada adik-adik yang pointer nyawa-nyawa ikan itu, cuba bawa bertenang sikit. Rajin sangat belajar nak pergi mana?

9. Travel Ke Tempat Yang Belum Pernah Anda Jejaki

Bagi kaum travel, ini memang selalu kita dengar. Apa yang menariknya, kebanyakan daripada rakan-rakan kita yang berazam sebegini, pasti akan tercapai. Kepada yang bakal penuhi azam travel mereka, semoga perjalanan anda selamat pergi dan pulang. Okay, kami suka point paling clichè nombor 9.

10. Perbaiki Diri Lagi Baik Daripada Tahun Lepas

Untuk perbaiki diri, tidak perlukan setiap tahun baru untuk renew azam. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Once kita sudah berani keluar daripada comfort zone, di situlah kehidupan sebenar bermula.

 

Jadikan alasan sebagai juara dan bersedialah untuk tahun-tahun seterusnnya tanpa sebarang perubahan apa-apa. Never stop until you win.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.