Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

10 Fakta Kenapa Lelaki Sukakan Wanita Pendek!

Kongsi maklumat ini
Tags

shutterstock_132110699-1-640x377Setiap lelaki ada citarasa mereka masing-masing dalam memilih pasangan. Ada yang sukakan wanita yang berkulit cerah dan ada yang sukakan wanita berkulit sawo matang.

Tapi dari segi ketinggian pula macam mana? Kalau ikutkan saiz ketinggian wanita Asia, kebanyakannya pendek-pendek.

Tapi, wanita yang pendek jangan rasa rendah diri. Anda kena tahu, wanita pendek ni sangat menarik di mata lelaki.

1. Mereka comel sangat

Tak dinafikan perempuan pendek lebih comel. Lagi-lagi kalau mereka sedang marah atau dikacau.

2. Sentiasa nampak muda dari usia sebenar

Ramai akan fikir pasangan anda berumur 17 tahun, sedangkan dah 28 tahun. Sentiasa awet muda gitu!

3. Mudah nak beli pakaian

Senang nak dapatkan saiz baju atau seluar, termasuk kasut sebab size mereka sentiasa ada. Kalau tak jumpa boleh cari di tempat kanak-kanak.

4. Setia pada pasangan

Kajian mendapati, mereka yang pendek atau rendah akan lebih setia pada pasangan dan hubungan cinta.

5. Jimat duit untuk makan

Kenapa jimat kalau kahwin dengan wanita pendek? Orang berbadan kecil ni tak makan banyak. Kan dah jimat tu!

6. Rasa comel bila cium wanita pendek

Cium gadis yang rendah memang cute, lagi-lagi bila kena menjingkit kaki. Ini untuk suami isteri je harap maklum!!

7. Mereka selalu bersiap cepat

Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?

8. Boleh pakai high heels

Wanita tinggi tak boleh pakai high heels? Bukan tak boleh, tapi nanti terlebih tinggi dari suami pulak. Wanita pendek tak ada masalah nak pakai high heels berinci-inci!

9. Senang nak dukung

Wanita pendek ni lebih ringan. Jadi si suami senang la nak dukung, tak ada la patah pinggang.

10. Senang nak peluk

Suami senang nak peluk isteri yang pendek, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.