Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

10 Perkara ‘Penting’ Ketika Hadapi Cuaca Panas Luar Biasa!

Kongsi maklumat ini
Tags

suhu_panasKementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai mengenai fenomena El Nino kuat yang menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering.

Fenomena El Nino menyebabkan kelembapan berkurangan sehingga 60 peratus dan kenaikan suhu sehingga 2.0 darjah celcius berbanding biasa.
Cuaca panas melampau boleh menyebabkan anda kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh berkurangan.
Kesannya anda akan mudah rasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.
Bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas, 9 perkara yang anda perlu lakukan dan lebih peka!
1. Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak

2. Hadkan aktiviti di luar

Jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.

3. Pakai pakaian yang ringan dan elakkan pakaian tebal dan ketat

4. Sebolehnya berada di dalam rumah atau bangunan

FESTIVAL BELIAPUTRAJYAA

Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.

5. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes

Orang ramai disarankan agar menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes penyebab denggi seperti bekas plastik, tin kosong, tayar dan pasu bunga.

6. Simpan air yang bersih
Orang ramai yang menyimpan air di dalam bekas disarankan supaya memastikan bekas penyimpanan air adalah bersih dan selamat iaitu tidak pernah digunakan untuk menyimpan bahan kimia atau racun.

7. Semua bekas penyimpanan air ditutup

Supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, tidak tercemar oleh bakteria dan haiwan perosak. Masukkan abate ke dalam bekas-bekas air yang terbuka.

8. Berjimat dalam penggunaan air

KUALA LUMPUR

9. Dapatkan rawatan segera sekiranya sakit

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika penyakit bertambah teruk.

10. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok

Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.