Kiriman pada: Sun, Aug 2nd, 2015

10,000 Masyarakat Pelbagai Kaum Hadir Rumah Terbuka TPM Di Bagan Datoh

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDIBagan Datoh – Kira-kira 10,000 masyarakat pelbagai kaum serta lapisan umur hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bagan Datoh di pekarangan Wisma UMNO.

Kemeriahan majlis yang bermula kira-kira pukul 4.30 petang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta keluarga.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang sebelum itu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Kepulangan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ke Bagan Datoh merupakan yang pertama sejak beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri pada Selasa lepas.

Walaupun hujan renyai-renyai, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersama kepimpinan dan anggota UMNO Bahagian Bagan Datoh meluangkan masa beramah mesra serta bersalaman dengan orang ramai yang hadir ke majlis itu.

Antara juadah istimewa yang dihidangkan kepada tetamu ialah soto, laksa, sate, nasi himpit, lemang serta kuih raya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.