Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

11 maut serangan bom di Peshawar

Kongsi maklumat ini
Tags

PAKISTAN-UNRES-NORTHWESTPESHAWAR: Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala 35 lagi cedera dalam serangan bom ketika waktu puncak di bandar raya Peshawar di barat laut Pakistan. Bom itu meletup ketika kesesakan jalan raya di daerah Wazir Dhand, di atas jalan raya yang menghubungkan wilayah puak Khyber dan Peshawar. “Kami menerima enam mayat dan 35 mangsa yang cedera dari lokasi letupan di Wazir Dhand termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun,” kata pegawai perhubungan awam Kompleks Perubatan Hayatabad, Toheed Zulfiqar. Enam daripada mangsa yang cedera dalam keadaan serius. Seorang pegawai berkata, serangan berkenaan menyasarkan pegawai polis. “Kami mendapat laporan ia adalah serangan berani mati tetapi masih belum dapat mengesahkannya,” kata pegawai pentadbiran Khyber, Ismatullah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.