Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

11 Syarikat Jepun Sahkan Penyertaan Di IGEM 2015

Kongsi maklumat ini
Tags

fjzgdKuala Lumpur – Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Ke-6 (IGEM 2015) menerima sambutan menggalakkan dengan 11 syarikat Jepun mengesahkan 19 kios pameran.

Malaysian Green Technology Corp (GreenTech Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini menunjukkan keyakinan terhadap peluang yang ditawarkan oleh platform perniagaan teknologi hijau dan inovasi terbesar di rantau itu kepada pempamer.

IGEM 2015 yang bertemakan “Memperkasakan Ekonomi Hijau”, dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan GreenTech Malaysia dan menyasar kehadiran kira-kira 50,000 pengunjung serta 400 pempamer dari lebih 20 negara.

Persidangan itu akan diadakan pada 9-12 Sept, 2015, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pengerusi GreenTech Malaysia, Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata setakat ini kira-kira 300 kios pameran telah ditempah oleh 72 pempamer, yang mana 126 kios dalam bentuk pavilion bakal diduduki syarikat teknologi hijau utama dari Jerman, Sepanyol, Belanda, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura.

“Saya yakin dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kami akan melihat pempamer lain mendaftar bagi memanfaatkan promosi rentas negara dan akses ke pelanggan antarabangsa yang ditawarkan IGEM 2015 kepada pempamer,” katanya.

Pempamer lain yang turut mengesahkan kehadiran termasuklah peneraju industri seperti ABB Holdings, Recycle Energy Co Ltd, CFP Corp (Singapore) dan Taiwan Electrical and Electronic Manufacturers’ Association serta syarikat-syarikat tempatan seperti First Solar Malaysia, Malaysia Solar Resources, Cohesive Mobility Solution, Proton, Toshiba TEC Malaysia dan Weimar Enterprise.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.