Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

116 ketul kokain dalam bungkusan coklat di KLIA

Kongsi maklumat ini
Tags

kastamgula2.transformedSEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas 166 ketul kokain dalam bungkusan coklat di KLIA pada Ahad lalu. Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata dadah seberat 3.11 kilogram dan dianggarkan bernilai RM622,000 itu disorokkan dalam empat tin coklat yang dibawa oleh seorang wanita warga Afrika berusia 28 tahun. “Wanita berkenaan tiba di negara ini dari Dubai pada jam 7.30 pagi, 14 Februari lalu dan mahu ke Kota Bharu. “Hasil pemeriksaan ke atas bagasi suspek mendapati terdapat imej mencurigakan dan menemui 166 ketulan kokain yang disorok dalam tin coklat,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, pagi ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.