Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

12 Plaza Tol Mansuh Bayaran Tunai

Kongsi maklumat ini
Tags

gkjdKUALA LUMPUR – 12 lagi plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan, Akleh, Duke, LPT1, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Terowong Smart akan mula beroperasi secara 100 peratus elektronik mulai 9 September yang akan datang.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Datuk Ir. Zainudin A Kadir, plaza-plaza tol yang terbabit adalah Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Plaza Tol Jitra (di Lebuhraya Utara-Selatan), Plaza Tol Dato’ Keramat (di Akleh), Plaza Tol Ayer Panas, Plaza Tol Batu dan Plaza Tol Sentul Pasar (di Lebuhraya Duke), Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong (di LPT1), Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Lunas dan Plaza Tol Kubang Semang (di Lebuhraya BKE) dan Plaza Tol Terowong Smart.

Katanya, langkah melaksanakan inisiatif kutipan tol secara 100 peratus ini adalah bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik dan meningkatkan keselesaan di plaza-plaza tol terbabit.

“Sehubungan itu, semua transaksi tol di kesemua plaza tol terbabit dikendalikan secara elektronik menggunakan kad Touch ‘n Go atau SmartTAG sahaja. Bagi penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang pula, mereka juga perlu guna kad Touch ‘n Go untuk buat bayaran tol apabila inisiatif ini dilaksanakan,” katanya.

Katanya, pada ketika ini, semua syarikat konsesi merangka pelbagai insentif bagi menggalakkan orang ramai mendapatkan kad elektronik seperti promosi kad Touch ‘n Go dan SmartTAG dengan harga istimewa, pemberian rebat tol dan lain-lain lagi.

“40 hingga 70 peratus pengguna bayar tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Jitra, Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang dan Lunas guna sistem elektronik. 61 peratus di Plaza Tol Dato’ Keramat (AKLEH), 70 peratus di Plaza Tol Ayer Panas, Batu dan Sentul Pasar (DUKE), 55 peratus di Plaza Tol Gombak dan Bentong (LPT1) dan 78 peratus di Plaza Tol Terowong SMART,” tambah Zainudin.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.