Kiriman pada: Mon, Jan 4th, 2016

120 Kedai Vape Johor DiTutup

Kongsi maklumat ini
Tags

Kesemua 120 premis yang berdaftar bagi penjualan peranti dan cecair vape di negeri ini sudah ditutup operasi sepenuhnya, kata Ketua Polis negeri Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata berdasarkan risikan polis sehingga semalam penutupan itu termasuk membabitkan enam premis pengedaran utama bagi alat peranti dan cecair vape.

“Pengesahan penutupan adalah dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dan membabitkan sebanyak 120 premis yang dikenalpasti,” kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata meskipun kesemua premis sudah ditutup, pemantauan berterusan akan tetap dilakukan termasuk membabitkan penjualan vape secara dalam talian.

Beliau berkata penjualan vape secara dalam talian, umumnya, adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagaimanapun, siasatan polis boleh dilakukan mengikut Akta Racun 1952 selepas mengambil kira faktor cecair vape mengandungi nikotin, kata beliau.

Penutupan premis vape di Johor adalah susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahukan penjualan vape diharamkan bermula 1 Januari 2016.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.