Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

126 Kes Dera Kanak-kanak Di Perak Jan-Jun Lepas

Kongsi maklumat ini
Tags

hxfhIpoh – Sebanyak 126 kes dera kanak- kanak dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak bagi tempoh Januari hingga Jun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim.

Beliau berkata jumlah itu bersamaan dengan 9.6 peratus daripada jumlah kes dera kanak-kanak di seluruh negara.

Sepanjang tahun lalu, jumlah kes dera yang dilaporkan jabatan itu adalah sebanyak 343 kes, katanya.

Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN-Lubuk Merbau) berhubung jumlah kes penderaan kanak-kanak di Perak sepanjang tahun lalu dan tahun ini, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak .

“Kerajaan khususnya JKM tidak pernah mengabaikan kes penderaan yang berlaku selain memberi perhatian kepada pelbagai faktor pendorong menyebabkan berlaku kes berkenaan,” katanya.

Rusnah berkata bagi menangani masalah berkenaan, JKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri (LPPKN) akan memperbanyakkan program advokasi kepada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.