Kiriman pada: Fri, Jul 10th, 2015

13 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERKAHWIN DALAM USIA 20-AN

Kongsi maklumat ini
Tags

akad nikahNak dijadikan realiti, berapa ramai yang sanggup berkahwin dengan usia muda dengan status kewangan yang tidak stabil? Benar, status kewangan dan masih belajar di institusi pengajian menjadi sebab utama kenapa ramai daripada kita yang tinggal pada era globalisasi untuk memilih tidak berkahwin terlebih dahulu.

Kita semua sering dan sentiasa mencari halatuju kita sendiri pada masa hadapan. Jadi, minat dan halatuju kerjaya kita sentiasa berubah. Jika wang menjadi ukuran utama, selepas habis belajar pun masih turut menanggung bebanan hutang pembelajaran. Ada sesetengah pihak berpandangan menunda perkahwinan sebagai satu keputusan peribadi yang bijak dan profesional. Walau bagaimanapun, terdapat banyak sebab mengapa anda perlu memilih untuk berkahwin dengan pasangan anda lebih awal daripada berkahwin kemudian:

1. Tiada wang? Tiada masalah.

Hanyalah satu konsep pandangan umum bahawa pasangan hendaklah mempunyai simpanan kukuh terlebih dahulu sebelum berkahwin. Walaupun saya bersetuju pendapatan yang stabil dan simpanan kukuh adalah penting untuk masa hadapan anak-anak. – apabila datang perihal perkahwinan itu sendiri, ya. Sememangnya benar belaka. Tetapi, memetik soal topik berkahwin pada usia muda mendorong pasangan sama-sama untuk menaikkan taraf kehidupan masing-masing. Bercakap mengenai perkahwinan;
2. Pasangan yang berkahwin muda lebih bahagia.

Statistik mendapati mereka yang masih belum berkahwin pada usia 20-an lebih cenderung untuk mengalami kemurungan daripada rakan-rakan mereka yang sudah berkahwin.
Konklusinya di sini, mereka yang berkahwin pada usia 20 tahun lebih berbahagia daripada mereka yang belum berkahwin pada usia 20 tahun.

3. Lelaki yang sudah berkahwin mendapat pendapatan lebih.

Bukanlah lagi rahsia lelaki berpendapatan lebih daripada wanita (pada dasarnya) secara menyeluruh dalam sistem ekonomi kita pada masa kini. Tetapi orang yang sudah berkahwin diberi keutamaan daripada yang lain, – dan ini telah berlaku semenjak beberapa dekad. Soalan: Adakah lelaki yang sudah berkahwin dianggap lebih bertanggungjawab? Atau lebih produktif? Tiada siapa yang tahu.

Mari kita lihat dari sudut positif, jika anda berada dalam keadaan kewangan yang kurang bernasib baik apabila anda beristeri, sekurang-kurangnya anda boleh mengharapkan dalam menginjak usia perkahwinan anda itu anda diberi pendapatan yang lebih.

4. Pasangan yang berkahwin muda mendapat lebih hubungan seks

Kaji selidik membuktikan bahawa pasangan yang telah berkahwin secara umumnya melakukan hubungan seks lebih daripada rakan-rakan yang belum berkahwin pada usia 20-an. Menurut kajian, 85% daripada pasangan suami isteri berusia 20-an melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya beberapa kali sebulan berbanding rakan-rakan mereka yang bujang.

5. Kesuburan lebih tinggi.

Ada apa dengan seks? Melahirkan bayi.

Dan malangnya kadar kesuburan bagi wanita jatuh pada usia sekitar 27 tahun. Selepas usia 35 tahun, kesuburan mereka berkurangan lebih dramatik. Jadi, berkahwin awal memberi peluang untuk hamil. Malah, hamil muda boleh menjimatkan wang dalam jangka masa panjang. Oleh kerana, mari kita menghadapinya bersama-sama: rawatan kos-kos kesuburan wanita sebenarnya agak mahal.

6. Lebih sihat untuk ibu untuk melahirkan anak pada usia muda.

Perkara yang lagi atas dari kesuburan seorang wanita yang tinggi, seorang ibu muda mempunyai risiko lebih rendah semasa kehamilan. Tidak dikira mengenai risiko hamil selepas berusia 35. Sebenarnya lebih sihat untuk anak-anak juga. Saya telah menyemak imbas jurnal di laman sesawang untuk mencari semua risiko kesihatan yang berkaitan dengan bayi bertepatan dengan kelahiran bayi ibu-ibu yang lebih tua. Tetapi, saya tidak mahu memberi kesan buruk pada psikologi anda (dan diri sendiri).

Melihat pada data risiko Sindrom Down dan umur ibu:

• Pada usia 25, risiko untuk mempunyai bayi dengan Sindrom Down adalah 1 dalam 1,250.
• Pada usia 30 tahun, risiko adalah 1 dalam 1,000.
• Pada usia 35, risiko adalah 1 dalam 400.
• Pada usia 40, risiko adalah 1 dalam 100.
• Pada usia 45, risiko adalah 1 dalam 30.

7. Lebih bertenaga untuk membesarkan anak-anak.

Selain kajian sains, pasangan yang berkahwin muda mempunyai lebih banyak tenaga untuk bermain kejar-kejar bersama anak-anak di rumah daripada mereka yang berkahwin pada usia 30-an dan ke atas. Tenaga tambahan ini adalah penting pada awal usia kekeluargaan.

8. Bertenaga dalam mengimbangi kerjaya dan kekeluargaan.

Satu topik yang hangat diperkatakan pada masa kini adalah “Kehidupan dan kerjaya yang seimbang.” Anda tahu, menguruskan kerjaya, kekeluargaan dan juga menjaga ibu bapa anda sendiri pada masa yang sama. Kenyataan ini seolah-olah lebih sesuai pada mereka berusia lebih muda.

9. Kembali bekerjaya selepas anak-anak membesar.

Dalam konteks dunia moden hari ini, berkemungkinan bahawa sekurang-kurangnya salah seorang dari ibu bapa akan menahan diri dari bekerjaya pada usia anak-anak masih muda. Semakan Realiti: Kos sara anak-anak boleh menjadi sangat mahal kerana pembelajaran kolej. Secara umumnya.

Lebih cepat anak-anak membesar, lebih cepat mereka membina semula kerjaya yang diidamkan. Sesetengah blogger Malaysia ada yang berkahwin muda (sekurang-kurangnya untuk wanita).

10. Lebih awal anda mempunyai anak-anak, lebih muda anak-anak meninggalkan rumah kelak.

Jika anda mempunyai anak-anak pada usia 30, anak-anak remaja anda (mudah-mudahan) akan keluar meninggalkan rumah semasa anda berusia 48 tahun. Nak bercakap mengenai hobi, meneruskan minat kemudian?

11. Anda akan menjadi datuk dan nenek yang ohsem!

Mempunyai anak-anak pada usia muda bermakna anda akan lebih muda apabila bergelar datuk/nenek kelak. Sebagai datuk/nenek yang muda, anda masih boleh beramah-mesra dengan cucu-cucu. Lebih penting lagi, membina hubungan kekeluargaan yang kuat dengan mereka.

13. Berkongsi lebih banyak kenangan bersama pasangan anda.

Samada kenangan terindah atau buruk, lebih cepat anda beristeri lebih banyak kenangan tercipta untuk dikongsikan masa tua kelak. Kita sedia maklum, seseorang yang berusia 20-an adalah sedang dalam usia yang “muda, liar dan bebas.” – Tetapi persoalaanya, tidakkah lebih bagus untuk berkongsi semua pengalaman ini dengan seseorang yang anda akan (mudah-mudahan) kahwini pada 50-60 tahun masa ke depan?

Perkahwinan itu tidaklah mudah. Akan sentiasa ada naik-turun dalam kehiduapan tidak kira jika anda berkahwin pada usia 20-an ataupun 30-an. Tetapi untuk masa hadapan, kelihatan lebih cerah bagi mereka yang berkahwin lebih awal dari berkahwin kemudian. Jadi, jika anda sekarang berada dalam usia 20-an dan telah mempunyai “pilihan hati” – apa yang anda tunggu? Berkahwinlah dan bina kenangan seumur hidup dengan si dia. Pada suatu hari kelak, kenangan-kenangan ini akan sentiasa segar di minda anda.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.