Kiriman pada: Wed, Jul 1st, 2015

135 mayat mangsa nahas Hercules ditemui

Kongsi maklumat ini
Tags

Indonesia Military Plane CrashJAKARTA: Sebanyak 135 mayat mangsa nahas pesawat Hercules milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) yang terhempas di Medan, tengah hari semalam sudah ditemui dan dibawa ke Rumah Sakit Adam Malik di Kota Medan. Menurut portal berita Detik.com, urusan mengenal pasti jenazah akan segera dilakukan sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa. “Sudah ada 135 jenazah dibawa ke sini,” kata petugas Rumah Sakit Adam Malik, pagi ini. Setakat itu tidak diketahui dari 135 jenazah berkenaan berapa jumlah penumpang dan jumlah kru pesawat.

Sementara itu, malam tadi pengesahan identiti lima jenazah dilakukan pihak keluarga. Pesawat yang membawa 113 penumpang termasuk 12 anggota tentera itu berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo menuju ke Kepulauan Riau sebelum terhempas kira-kira dua minit sebaik berlepas. Presiden Republik Indonesia Joko Widodo dipetik oleh siaran televisyen sebagai berkata kerajaan telah mengarahkan supaya semua pesawat jenis Hercules diaudit secara keseluruhan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.