Kiriman pada: Thu, Dec 31st, 2015

14.2 Juta Pekerja Malaysia Produktif

Kongsi maklumat ini
Tags

Seramai 14.2 juta tenaga kerja Malaysia adalah produktif dan dapat memenuhi keperluan pekerjaan pelbagai sektor sekali gus berpotensi menggantikan buruh asing yang berdaftar di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata daripada bilangan itu seramai 13.78 juta pekerja adalah daripada sektor pertanian, perhutanan, ternakan, perkhidmatan, pembinaan dan lain-lain.

Menurutnya ini bermakna tenaga kerja negara mampu memenuhi keperluan jika majikan mengambil pekerja tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

“Secara nyata, kadar penggangguran di negara ini hanya 3.2 peratus atau kira-kira 400,000 orang dan tidak serius serta agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan peralatan program 1Azam dan Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran berkata berdasarkan laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), mana-mana negara yang melebihi 4 peratus dikategorikan negara yang bermasalah penggangguran, namun Malaysia berjaya mengurangkannya berbanding negara lain.

Ini dilakukan menerusi kursus kemahiran yang bertujuan meningkatkan kebolehan dan kelulusan pekerja tempatan supaya dapat mengambil tempat pekerja asing yang sah terutama dalam sektor perkhidmatan, profesional, juruteknik dan pertanian.

Langkah proaktif itu bertujuan membatasi pengaliran wang antara RM20 bilion dan RM30 bilion setahun ke luar negara, membabitkan 14 negara pembekal tenaga asing bagi negara ini.
Ismail berkata jumlah warga asing berdaftar mengikut sektor yang bekerja di negara ini sehingga 30 Oktober lepas adalah seramai 2.140 juta.

“Daripada jumlah itu, sektor perkilangan adalah paling ramai dengan 750,104 orang, pembinaan (440,339), perladangan (305,404) dan pertanian (194,603).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.