Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

16 Pelajar Dan Kakitangan KAYM Lengkapi Expidisi Cabaran Tujuh Gunung

Kongsi maklumat ini
Tags

hkfxMelaka – Seramai 16 kakitangan dan pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) bakal menawan puncak Gunung Kinabalu pada Ahad ini bagi melengkapkan Ekspedisi Cabaran Tujuh Gunung.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata program tersebut bertujuan membina ketahanan, kekuatan fizikal dan mental serta membentuk semangat berpasukan yang tinggi.

Beliau berkata ia juga bertujuan bagi memantapkan lagi pengetahuan pelajar dalam bidang pengurusan organisasi.

“Program ini merupakan aktiviti berbentuk fizikal bagi mengekalkan kecerdasan tubuh badan pada tahap yang optimum dan dapat meningkatkan keyakinan peserta untuk berhadapan cabaran.

“Misi pendakian ini bukanlah mudah kerana peserta perlu kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi kesukaran bentuk muka bumi yang curam untuk smpai ke destinasi,” katanya selepas perasmian Cabaran 7 Gunung di KAYM.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.