Kiriman pada: Thu, Dec 24th, 2015

1,900 sertai perarakan Maulidur Rasul Pulau Pinang

Kongsi maklumat ini
Tags

penang.transformed_1BUTTERWORTH: Seramai 1,900 wakil daripada agensi kerajaan menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Seberang Jaya di sini, sebentar tadi. Wakil daripada 37 agensi kerajaan negeri ini berarak sejauh 500 meter dari Dewan SP Arena Seberang Jaya menuju ke Masjid Seberang Jaya bermula jam 8.30 pagi. Antara agensi kerajaan yang turut serta ialah Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP), Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Perbadanan Bekalan Air (PBA), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB). Majlis perarakan dirasmikan EXCO Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Farizan Darus.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.