Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

1MDB Hormati Kuasa PAC

Kongsi maklumat ini
Tags

fnhzdf1MDB menghormati Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai pihak berkuasa yang sah dan forum yang paling tepat untuk menjawab sebarang persoalan berkenaan 1MDB.

Kami mempunyai keyakinan bahawa jawatankuasa dwi-partisan ini akan memberi peluang seadilnya untuk 1MDB memberi penjelasan tentang kedudukan syarikat kepada pihak berkuasa yang sah, mengikut keperluan proses wajar.

Hari ini, melalui Kementerian Kewangan, kami menerima makluman rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat/Setiausaha Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bahawa sesi PAC yang dijadualkan pada 4, 5, 6, 17 dan 18 Ogos serta 8 dan 10 September 2015 telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sekali lagi kami mengulangi hasrat kami untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada PAC dan kami menanti untuk hadir dalam sesi PAC pada tarikh yang baharu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.