Kiriman pada: Tue, Aug 4th, 2015

1MDB sambut baik penjelasan SPRM

Kongsi maklumat ini
Tags

fnhzdfKUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sambut baik kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan tiada dananya yang dipindahkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda, berkata pihaknya sentiasa mempertahankan syarikat tidak pernah menyediakan dana untuk Perdana Menteri seperti yang dinyatakan syarikat pada 3 Julai 2015. “Kami yakin kebenaran akan terserlah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Justeru, Arul berkata, untuk menyatakan sebaliknya, seperti Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, dalam blognya semalam, adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan sengaja untuk memburuk-burukkan syarikat itu.

“Ini dilakukan walaupun pada 3 Jun 2015, 1MDB menyiarkan penyata perbelanjaan hutang RM42 bilion, maklumat terperinci dalam akaun 1MDB dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2015, yang telah diaudit dan boleh diperoleh oleh orang ramai,” katanya. Semalam, SPRM mengumumkan hasil siasatannya dan mendapati sejumlah RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri adalah daripada penderma dan bukan daripada 1MDB.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.