Kiriman pada: Sun, Aug 23rd, 2015

1MDB Sedia Kerjasama Dengan Semua Pihak

Kongsi maklumat ini
Tags

1MDBBKuala Lumpur – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sedia membantu mana-mana badan yang sah, termasuk pihak berkuasa Swiss, dalam menjalankan sebarang siasatan.

“Bagaimanapun, ini tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa Malaysia yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

1MDB mengulas laporan bahawa Pejabat Peguam Negara Switzerland telah membuka siasatan berkaitan dengan syarikat itu.

Ia menyatakan syarikat itu belum dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa Swiss tentang perkara itu, dan menegaskan bahawa “kami tetap komited untuk memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana pihak berkuasa yang sah yang sedang menyiasat 1MDB”.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.