Kiriman pada: Tue, Dec 29th, 2015

1MDB selar WSJ ‘kitar semula tuduhan tidak berasas’

Kongsi maklumat ini
Tags

ytytytyKUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyelar Wall Street Journal (WSJ) kerana ‘mengitar semula tuduhan tidak berasas’ dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini. Dalam kenyataan di sini, 1MDB berkata artikel itu “sekali lagi hanya mengitar semula tuduhan tidak berasas yang sama diterbitkan akhbar itu pada pertengahan 2015”. “Hakikatnya adalah tiada berita sebenar dalam artikel ini. Atas sebab yang hanya diketahui oleh pengurusannya, WSJ dilihat gembira untuk menjadi papan notis bagi teori-teori konspirasi dan memburuk-burukkan yang disebarkan oleh pembangkang Malaysia,” katanya. Artikel WSJ bertajuk “1MDB and the Money Network of Malaysian Politics” mengulangi tuduhan bahawa sekurang-kurangnya AS$700 juta (RM3 bilion) daripada sumber tidak didedahkan telah didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 1MDB berkata: “WSJ amat sedar bahawa tuduhan itu menjadi perkara pokok dalam siasatan terperinci yang sedang dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa undang-undang di Malaysia. “Lagipun, seperti yang diakui oleh akhbar itu berulang kali dalam artikel itu, tiada aktiviti tidak sah didakwa telah berlaku. “Kami, dengan itu, bingung kenapa WSJ meneruskan kempen ini untuk memburuk-burukkan 1MDB dan Malaysia.”

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.