Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

1MDB: TPM Tiada Halangan Laporan Interim Diumumkan

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN YASSINKuala Lumpur – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tiada halangan jika laporan interim berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadikan dokumen awam, bagi merungkai kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tujuannya bagi membolehkan segala persepsi dan khabar angin dalam kalangan rakyat berhubung itu itu terjawab, sekali gus mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Beliau berkata, penubuhan pasukan khas siasatan adalah sesuatu yang dipersetujui dengan siasatan dilakukan tanpa sebarang gangguan.

“Jika mahu jadikan laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam, saya tiada halangan. Eloklah disegerakan. “Ada benda yang boleh dipertahankan, maka kita pertahankan sekiranya ia di landasan yang benar, tetapi jika ia sebaliknya, kita tidak akan pertahankan. Rakyat tidak bodoh.

“Saya tiada niat jahat atau berselindung kononnya mahu jatuhkan Perdana Menteri melalui penubuhan pasukan penyiasat. Apa yang saya lakukan adalah kerana mahu memastikan UMNO terus kukuh mendapat kepercayaan rakyat dan ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras 2015 di sini malam tadi.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

TPM yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata masalah yang dihadapi ketika ini tidak akan timbul sekiranya 1MDB tidak wujud dan sekarang ia menjadi beban semua pihak.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mewujudkan sebarang pertembungan dengan Datuk Seri Najib Razak kerana parti tidak kuat dan ramai pihak mahukan UMNO kecundang.

“Saya bercakap benda yang benar, saya tidak takut kedudukan tergugat kerana apabila ada isu serius yang memerlukan pembetulan, saya tidak boleh tipu maka saya kena cakap benda yang benar. “Apabila saya nasihat, maka itu adalah hak seseorang untuk ikut nasihat terbabit atau tidak, kerana jika tidak ikut, mungkin seseorang itu rasa itu tidak penting,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.