Kiriman pada: Thu, Dec 17th, 2015

21 iklan TV istimewa di Galeri PETRONAS

Kongsi maklumat ini
Tags

KL26_161215_TANAHAIRKUKUALA LUMPUR: PETRONAS akan menyatukan rakyat Malaysia melalui pameran 21 iklan televisyen ikoniknya yang pernah disiarkan bersempena musim perayaan bagi memperingati penglibatannya selama 20 tahun dalam komunikasi perayaan di Galeri Petronas, Suria KLCC di sini. Pengarah Galeri PETRONAS, Rosli A Rahim berkata pameran itu, yang bertajuk ‘#tanahairku: Two Decades of Bringing Malaysian Together’ dibuka kepada orang ramai dari 11 Disember hingga Februari 2016. “Pameran ini akan mengajak pengunjung mengimbas kembali dan berkongsi makna, kenangan serta tradisi yang terakam dalam setiap cerita yang digambarkan bagi mengingatkan kita tentang pentingnya kita berpegang teguh pada tradisi serta nilai bersama yang mengikat erat seluruh rakyat Malaysia. “Iklan ini merakamkan keadaan sebenar dan manusia sebenar, bersama sentimen dan aksi sebenar dan dilihat menjadi amalan rakyat Malaysia sehari-hari,” katanya kepada pemberita, semalam. Beliau berkata, pameran itu membawa pengunjung ke belakang tabir pembikinan iklan serta prop dan senario perayaan yang digunakan PETRONAS dalam sesuatu iklan. Rosli berkata, terdapat pelbagai cabaran dalam menghasilkan sesuatu iklan, termasuk perlu memikirkan mengenai nilai yang dapat menampilkan perpaduan kaum serta keharmonian rakyat Malaysia. “Sehingga hari ini, hanya PETRONAS organisasi yang menerbitkan iklan bersempena semua perayaan dan meneruskan perkara ini adalah suatu cabaran,” katanya. Pameran ini membawa pengunjung menjelajahi enam tema iaitu ‘Proud to be Malaysian’, ‘Our Diversity Makes Us Beautiful’, ‘What’s Life Without Love?’, ‘A Lifetime of Friendships’, ‘Kerana Kita Satu Sama Dipunyai dan Negaraku Powered by the People’. Ia juga menghidangkan siri karya mural yang dihasilkan seniman tempatan di sudut seni bandar raya di Johor Baharu, Sabah dan Sarawak di bawah projek seni jalanan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.