Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

21 PATI, Tiga Warga Tempatan Ditahan Dalam ‘Op Selera’ Di Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

Imigresen-9635Alor Setar – Jabatan Imigresen Kedah menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thai dan tiga warga tempatan dalam ‘Op Selera’ yang dijalankan di sekitar Jitra dan Changlun.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata dalam operasi pada pukul 11.40 malam itu yang disertai lapan pegawai, pemeriksaan dijalankan terhadap 25 PATI di enam restoran ala Thai di sekitar Jitra dan Changlun.

Hasilnya, 21 PATI warga Thai yang terdiri daripada 17 lelaki dan empat wanita berumur antara 15 dan 51 tahun ditahan Imigresen mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mohammad Yusri dalam satu kenyataan hari ini berkata, turut ditahan ialah dua warga tempatan berumur lingkungan 30-an termasuk seorang wanita, atas kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.

Seorang lagi lelaki warga tempatan berumur 35 tahun yang bertindak sebagai pemberi maklumat kepada pemilik kedai juga ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 56 (1)(g) Akta Imigresen 1959/63 kerana menghalang pegawai Imigresen melaksanakan tugas.

Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.