Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

#2Kerja: Bila Berjaya Mengaku Rezeki, Bila Susah Salah Kerajaan.

Kongsi maklumat ini
Tags

Sungguh mudah untuk menyalahkan sesiapa jika berlaku kesusahan kepada diri sendiri.

Sekarang ini ramai sahaja yang menyalahkan kerajaan kononnya mereka berada dalam kehidupan yang tertekan. Bercerita dimedia sosial bagai tak cukup makan- minum dan pakaian.

Sebelum ini jika mendapat satu pekerjaan atau durian runtuh ayat-ayat seperti “Syukur, Alhamdulillah rezeki Allah,” “Syukur atas rezeki Mu Ya Allah,” dan beberapa ayat menyebut syukur kepada Ilahi. Alangkah indah ayat-ayat tersebut dimana semua sedar akan kekuasaan Allah dan rezeki itu pemberian Allah.

Mengapa apabila berlaku kesusahan sekarang ini, walaupun tidak nampak dimana kesusahannya tidak ada ayat yang menyebut “Alhamdulillah walaupun bukan rezeki saya,” “Insha Allah, Allah akan buka rezeki untuk akan datang,” serta ayat-ayat lain yang menunjukkan keredhaan kepada ujian Allah.

Ini tidak, lambakkan cacian dan maki-hamun mencemari dinding Facebook, Twitter dan sebagainya. Ayat-ayat tidak puas hati itu seolah-olah mereka lupa bahawa barangkali belum ada rezeki buat mereka. Jika mereka kata kerajaan adalah punca kesusahan mereka, mengapa pula tidak mengaku bahawa kerajaan juga ada membeli peluang keselesaan kepada mereka?

Nampak sangat tiada keredhaan kepada mereka yang sentiasa merungut atas kesusahan mereka. Tidak kata mereka tidak reti bersyukur, cuma pada ketika ditimpa ‘kesusahan’, mereka seakan tidak redha. Adalah jika benar mereka redha atas ketentuan Allah sudah tentu tidak sampai hati mereka untuk mencaci dan memaki di ruang media sosial itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.