Kiriman pada: Tue, Dec 29th, 2015

#2Kerja: Orang Kita Tak Minat Buat Ibadah?

Kongsi maklumat ini
Tags

Bagaimana jika dikatakan orang kita tidak minat hendak lakukan ibadah? Bagi agama lain tidak tahu bagaimana untuk ditafsirkan, tetapi untuk kita orang Islam, kerja itu kan sebagai satu ibadah? Tidak kira apa pun, buat kerja untuk mendapat rezeki menyara keluarga adalah satu amalan yang murni bagi semua pihak.

Mengapa perlu melenting apabila bangkitnya cerita pasal buat dua kerja? Bukannya dipaksa pun, ia lebih kepada ‘option’ kepada mereka yang inginkan pendapatan yang lebih supaya mereka boleh berbelanja lebih. Tidak boleh kah dianggap perkara itu sebagai satu galakan dan bukannya paksaan.

Tidakkah perkataan ‘dua kerja’ itu lebih kepada metafora yang boleh ditafsir kepada pelbagai andaian. Sedihnya hanya andaian negatif sahaja yang diambil kira sedangkan perkara positif dibuang jauh. Walhal jika direnung rapi, barangkali mereka boleh sahaja menerima perkara itu. Tetapi seperti biasa, ego yang menebal dalam diri akan menidakkan semua perkara itu.

Apa yang boleh kita nampak dari sudut positifnya adalah penambahan kepada pendapatan sedia ada. Lihat, jangan difikir pendapatan sedia ada akan bertambah menjadi sekali ganda dengan membuat dua kerja seperti yang digambarkan. Cukup bersyukurlah jika ada ‘duit-duit tambah’. Peribahasa ada mengatakan ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.

Barangkali sambil dapat rezeki tambahan dalam membuat ibadah itu pahala juga akan berganda kerana kita ikhlas mencari rezeki untuk keluarga. Jika sudah tidak ikhlas nak buat kerja maka boleh lah fikir-fikir sendiri. Bukan kita bekerja untuk beri menteri makan pun, untuk keluarga dan diri sendiri.

Apabila menteri yang memberi cadangan, troll yang beliau dapat, jadi bagaimana jika ada seorang ustaz terkenal pula berkata sedemikian, sanggupkah anda troll kembali ustaz tersebut? Oleh itu kita akan menjadi hipokrit semata-mata.

Cuba berfikiran terbuka dan positif dalam menilainya. Ini adalah realiti dan kadang-kadang dalam tidak sedar anda telah melakukan dua kerja dan mendapat upah.

Sebelum terlupa, belum lagi diambil kira ‘curi tulang’ ketika bekerja, juga boleh jadi dua kerja bukan? Dalam berseloroh kepada rakan kerja selalu sahaja perumpamaan seperti kerja tidur, kerja minum kopi dan kerja main game.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.