Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

#2Kerja: Rakyat Malaysia Bahagia

Kongsi maklumat ini
Tags

Sebenarnya ramai yang bahagia apabila membuat dua kerja kerana mereka berpeluang untuk memenuhi kehendak mereka seperti membeli belah dan melancong. Kerja kedua yang mereka lakukan merujuk kepada perniagaan online yang menjadi peluang buat tambahan masa kini.

Golongan yang meroyan itu barangkali tertipu dengan skim cepat kaya atau Multi Level Marketing (MLM) yang sudahnya menjerat diri mereka. Pada dasarnya mereka juga membuat ‘dua kerja’ tetapi niat terlalu cepat nak kaya telah membawa padah.

Dengki melihat orang lain berpeluang membeli itu-ini, melancong sana-sini menjadi faktor luahan perasaan yang tidak berasas dimedia sosial. Konon kenyataan untuk membuat dua kerja itu mempersenda mereka, sedangkan diri sendiri sedang berbahagia duduk di depan komputer riba mahu pun telefon pintar melayari internet.

Selalu sahaja di dalam Facebook bercerita tentang kepayahan orang tua dahulu untuk menyara keluarga, tidak sedarkah bahawa kepayahan seperti dahulu sudah tidak sama seperti masa kini. Cuba berpijak di bumi yang nyata, zaman sudah berkembang pesat, siapa cepat dia dapat. Kadang-kadang tidak perlu cepat tetapi guna kebijaksaan.

Masih belum terlambat untuk kita mencuba sesuatu. Sedar tidak sedar galakan sudah pun diberi, terpulang untuk kita menterjemahkan erti dua kerja itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.