Kiriman pada: Thu, Nov 19th, 2015

300 JKKK PAS P Pinang tak terima surat pemecatan

Kongsi maklumat ini
Tags

bendera-pas.transformed.transformed_0GEORGETOWN: PAS negeri menyifatkan kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong berhubung pemecatan 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mewakili parti Islam itu. Ketua Penerangan, Mohd Yusni Mat Piah, berkata kebanyakan JKKK berkenaan tidak menerima surat pemecatan daripada kerajaan negeri hingga hari ini. Selain itu, katanya, kerajaan negeri seakan ‘segan silu’ untuk menafikan tindakan wakil PAS Kepala Batas yang meletak jawatan daripada jawatan JKKK Selasa lalu.

“Kami berharap kerajaan negeri tidak berbohong kepada rakyat berkenaan kononnya 300 JKKK dari kalangan ahli dan pemimpin PAS dipecat pada Oktober lalu. “Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Sedangkan, kebanyakan mereka tidak menerima surat pemecatan daripada kerajaan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mengesahkan pemecatan 300 JKKK PAS di negeri ini, menerusi kenyataan media hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.