Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

MP Pembangkang Mesyuarat Di Padang Kawad

Kongsi maklumat ini
Tags

11715943_988696097831318_295541268_nKUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar ahli Parlimen pembangkang yang berlangsung hari ini terpaksa diadakan di padang kawad berhampiran menara bangunan Parlimen.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya dimaklumkan bilik taklimat yang sepatutnya digunakan untuk mesyuarat tersebut telah ditempah untuk kegunaan Kementerian Belia dan Sukan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, mesyuarat itu bertujuan untuk mendengar pandangan ahli Parlimen berkaitan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan menerima sejumlah wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).

“Apa yang berlaku kepada Perdana Menteri, peristiwa ini mencurigakan. Jadi ini kali pertama Parlimen dipanggil oleh Ketua Pembangkang untuk bermesyuarat kerana ini tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat.

“Isu 1MDB telah membuatkan kita tertanya-tanya kesahihan kerajaan kita. Jadi pada hari ini kita nak dengar pandangan anda semua,” katanya ketika berucap di hadapan ahli Parlimen yang hadir.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah beberapa pemimpin NGO.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.