Kiriman pada: Tue, Aug 4th, 2015

34 rakan strategik TH sumbang barangan untuk jemaah haji

Kongsi maklumat ini
Tags

PENYERAHAH SUMBANGAN DAN PENGHARGAAN SAHABAT KORPORAT TH MUSIM HKUALA LUMPUR: Sebanyak 34 rakan strategik program Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) menyumbang pelbagai barangan bernilai RM9.1 juta untuk diagihkan kepada jemaah haji musim 2015/1436H. Sumbangan berkenaan diterima daripada pelbagai agensi, antaranya Yayasan Felda; Maybank Islamic Bhd; Lembaga Zakat Selangor dan Bank Islam Malaysia Bhd. Jemaah haji menerima sumbangan berbentuk beg beroda, sejadah, tikar plastik, beg selempang dan pek penjagaan kesihatan yang akan diagihkan melalui pejabat cawangan TH di seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata sumbangan kali ini mempunyai kelainan daripada segi buku panduan haji braille yang boleh dimanfaatkan oleh jemaah dengan masalah penglihatan. “Saya bagi pihak TH merakamkan jutaan terima kasih kepada 34 penyumbang. Keperluan sebegini amat bermakna buat tetamu haji musim ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1436H di Dewan Besar TH, di sini, pagi ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.