Kiriman pada: Sun, Apr 12th, 2015

36 lagi rumah mendap

Kongsi maklumat ini
Tags

12ma26cca.transformedShah Alam: Kejadian tanah mendap di Jalan Plumbum 7/101A Seksyen 7 di sini, baru-baru ini menyebabkan 12 rumah diisytiharkan kawasan bencana tahap satu hingga semua penghuninya diarahkan berpindah.
Selain rumah berkenaan, ada 36 lagi pemilik kediaman di perumahan itu yang terjejas akibat kejadian pemendapan tanah turut bertindak keluar.
Tinjauan di kawasan perumahan itu mendapati, selain 12 rumah berkenaan, ada beberapa rumah berdekatan didapati retak sekali gus boleh mengancam nyawa.
Penduduk Ramadhan Ramli, 36, berkata, kawasan hadapan rumahnya mula mendap sedikit demi sedikit sejak 2008 dan berlaku keretakan di struktur penghadang antara rumahnya dengan rumah jiran.
“Kesan mendapan memang boleh dilihat dengan ketara kerana jalan di hadapan rumah sudah tidak sama rata dengan tapak rumah, malah pagar antara rumah juga mula retak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.