Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

37,271 dapat 8A Ujian Penilaian Kelas Kafa 2015

Kongsi maklumat ini
Tags

15datuk.transformedPUTRAJAYA : Seramai 37,271 atau 20.07 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun 2015 memperoleh 8A dan menunjukkan peningkatan sebanyak 4.78 peratus. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata jumlah keseluruhan calon yang mengambil UPKK pada tahun ini adalah seramai 185,675. Katanya, keputusan UPKK 2015 turut mencatatkan pencapaian terbaik apabila seluruh negeri mendapat keputusan cemerlang dengan kelulusan 100 peratus tanpa ‘D’ sama seperti tahun sebelumnya. “Walaupun berpuas hati dengan UPKK 2015, tetapi kita tetap akan meningkat dari masa ke semasa melalui pemerkasaan latihan guru,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini. UPKK membabitkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah), Pelajaran Jawi, Sirah, Adab (Akhlak Islamiah) dan Lughatul Quran (Bahasa Arab).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.