Kiriman pada: Fri, Dec 25th, 2015

4 maut, 26 cedera nahas bas ekspres-lori dekat Jeli

Kongsi maklumat ini
Tags

25bomba2.transformedJELI: Empat maut manakala 26 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori papan dalam kejadian di Batu 14, Jalan Jeli-Gerik kira-kira jam 1.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, bas yang membawa 30 penumpang dari Taiping, Perak menghala ke Kuala Terengganu, manakala sebuah lori muatan papan lapis dari arah bertentangan. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu bas berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel dengan lori dan terbalik. “Kemalangan itu menyebabkan empat penumpang maut masing-masing dua lelaki dan dua wanita. Manakala 26 lagi mangsa cedera. “Semua mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.