Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

4 premis judi atas talian diserbu

Kongsi maklumat ini
Tags

juditangkap.transformedSHAH ALAM: Empat premis perjudian online diserbu Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Selangor Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Sri Muda, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 8 malam itu, enam penjaga, termasuk dua wanita dan tiga tahi judi turut ditahan ketika sedang leka berjudi. Serbuan yang diketuai Superintendan Zaihairul Idrus dengan kekuatan lima pegawai dan 12 anggota itu turut merampas 73 unit mesin judi serta wang tunai berjumlah RM1,027. Menurut jurucakap STAGG Selangor, risikan selama dua minggu dijalankan terhadap premis berkenaan hasil maklumat daripada orang ramai. “Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.