Kiriman pada: Sat, Jan 28th, 2017

400 Tan Barangan Untuk Rohingya Dihantar ke Pelabuhan Klang

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Misi “Food Flotilla For Myanmar” memasuki fasa akhir dengan sekurang-kurangnya 400 tan makanan dan pakaian mula dihantar ke Pelabuhan Klang hari ini.

Ini termasuk 100 tan beras hasil sumbangan orang ramai kepada misi flotila kemanusiaan, yang dijangka belayar ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh, Jumaat depan.

Barangan itu adalah sebahagian daripada 1,600 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang akan disalurkan kepada kelompok terjejas dalam konflik di wilayah utara Rakhine, Myanmar.

Pengarah Operasi Flotila yang juga Timbalan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Farid Hassan, berkata 40 lori digunakan untuk menghantar barangan itu dari Masjid Nurul Amin Kg Delek ke gudang di Pelabuhan Klang.

“Semua persiapan berjalan lancar. Kita bawa sekurang-kurangnya 600 tan beras daripada 1,600 tan bantuan keseluruhan,” katanya

Hadir sama Ketua Penerangan KP1M, Datuk Razali Ramli, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Zulhanis Zainol, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal, Jamuluddin Elias dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Halimah Ali.

Misi flotila anjuran KP1M dan MAPIM disertai lebih 200 aktivis dan sukarelawan dalam dan luar negara dan disokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ASEAN dan antarabangsa.

Ia bertujuan memberi mesej kepada Myanmar supaya menghentikan penindasan ke atas etnik Rohingya dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada kelompok terjejas di Rakhine, Myanmar dan Teknaf berdekatan sempadan Bangladesh-Myanmar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.