Kiriman pada: Sat, Jan 23rd, 2016

Langit Dah Mendung Mana 60 Ribunya

Kongsi maklumat ini
Tags

fast1Ketika bertemu dengan gerombolan remaja yang memakai kemeja ‘T’ warna hijau yang tertulis ‘Fastaqim H60K’, tertanya juga didalam hati apakah maksud ayat yang tertera di baju mereka tadi.

Kemudiannya baru di ketahui bahawa yang di maksudkan adalah ‘Himpunan 60 Ribu’, satu himpunan mega yang di anjurkan oleh parti PAS di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan dan himpunan tersebut di beri nama Himpunan Fastaqim (H60K) dan mereka mensasarkan seramai 60 ribu yang akan hadir.

Mencari istilah tunggal Fastaqim tiada di ketemui sebarang ayat atau pun makna tunggal, walaupun mereka (ahli PAS) memaksudkannya sebagai ‘bangkit berjuang dan menunaikan tanggungjawab perjuangan’ kecuali potongan ayat “Fastaqim Kama Umirta..” yang di temui didalam surah Hud ayat 112.

Membawa maksud ” Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu” ayat ini yang di maksudkan dengan ayat “Fastaqim Kama Umirta” tadi, selainnya dibaca sebagai “dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian, dan janganlah kamu melampaui batas, Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan”.
fastaqim

Jika berpegang kepada ayat tersebut satu soalan timbul di batu jemala, benarkah mereka ini berpegang dan berdiri di atas perkara yang benar, Sudahkah mereka mendalami maksud TPPA yang mereka bantah itu, sudahkah mereka mendengar penjelasan atau penerangan berhubung dengannya.

Jika ini tidak di lakukan bagaimana boleh ita mengatakan yang kita berdiri di landasan yang betul, kecuali jika kita benar-benar memahami dan jelas akan apa itu TPPA atau Trans-Pacific Partnership Agreement atau dalam bahasa melayunya berbunyi “Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik”.

Adakah kita sudah benar-benar faham tentang urusan berkenaan dari segi kebaikkan kepada ekonomi dan industri perniagaan negara kita, atau kita sekadar mengikut tanpa mendalami tujuan perhubungan TPPA ini, almaklum datang pun kerana di’belanja’. g2

Kembali kepada tulisan pada baju yang dipakai sudah tercapaikah jumlah 60 ribu peserta yang datang berhimpun tadi?, melihat secara kasar perhimpunan haram ‘Bantah TPPA’ ini di anggarkan hanya sekitar 3 ribu orang sahaja, maka ini bermakna himpunan ini tidak mendapat sambutan.

Hanya mereka yang bodoh di perkudakan sahaja yang menyertai himpunan ini, selainnya telah bijak dan menilai dengan akal bukan lagi dengan nafsu dan hipokrit segelintir pemimpin mereka yang gilakan kuasa dan menganggap himpunan haram ini sebagai hiburan mereka semata.

g1Semoga kamu berdiri teguh walaupun di dalam hujan yang di jangka akan turun sebentar lagi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.