Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

450 tiba di Makkah hari ini

Kongsi maklumat ini
Tags

WARKAH HARAMAINMakkah: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 450 orang akan tiba, di sini, hari ini dari Madinah dengan menaiki 10 bas sewa khas.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Tabung Haji (TH) Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata, jemaah haji berkenaan dijangka tiba pada jam 2 petang waktu Arab Saudi.

Beliau berkata, jemaah itu adalah kumpulan pertama yang tiba di Madinah pada 16 Ogos lalu.

Katanya, dengan kemudahan bas baru yang lebih selesa itu, perjalanan mereka dijangka mengambil masa antara enam dan tujuh jam.

“Untuk kemudahan jemaah haji, bagasi dihantar sehari lebih awal dan mereka hanya perlu membawa beg kecil saja.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.