Kiriman pada: Tue, Aug 4th, 2015

5 jalan utama ditutup sempena Grand Prix KL 2015

Kongsi maklumat ini
Tags

KL05_040815_GRAND PRIX KLKUALA LUMPUR: Lima jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup untuk semua kenderaan sempena acara perlumbaan Grand Prix Bandaraya KL 2015, bermula Jumaat hingga Ahad ini. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata semua jalan itu akan ditutup mulai pukul 6 pagi sehingga 6 petang. Beliau berkata, lima jalan terlibat ialah Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P Ramlee.

Menurutnya, tujuh lokasi lencongan akan mempunyai akses kawalan untuk memberi laluan kepada pengangkutan awam yang memiliki pelekat khas atau kereta pekerja di sekitar bangunan di situ. “Akses kawalan ini akan ditutup sepenuh pukul 7.30 pagi.” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Tujuh lokasi lencongan itu ialah persimpangan Jalan Sultan Ismail/Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang/Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang/KLCC, Jalan Raja Chulan/Jalan P Ramlee, Jalan Bukit Bintang/Jalan Sultan Ismail, Jalan Sultan Ismail/Jalan Raja Chulan dan Jalan Yap Kwan Seng/Jalan Mayang. Sehubungan itu, Wan Abdul Bari menasihatkan mereka yang hendak ke ibu kota agar menggunakan pengangkutan awam serta mengelakkan daripada menggunakan jalan tersebut. Katanya, pegawai dan anggota trafik polis akan bertugas memantau dan mengawal bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh itu. Pengguna jalan raya boleh menghubungi Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071-9777, Hotline Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 03-26179378, penganjur GT Global Race (M) Sdn Bhd 03-62012719 untuk pertanyaan mengenai penutupan dan lencongan jalan berkenaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.