Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

5 Komplot Jenayah Terbesar

Kongsi maklumat ini
Tags

tumblr_ms02jl0W5C1r6xvfko1_1280-e1382371878129Akhir-akhir ini, jenayah alam maya menerajui berita utama, namun komplot jenayah terbesar meraih sebahagian besar daripada wang mereka melalui jual beli dadah, seks dan pemerasan.

Sukar bagi kita untuk hidup beberapa bulat tanpa melihat kesan daripada jenayah terancang yang dilakukan ke atas ekonomi serta kehidupan sehari-hari. Contoh yang paling ketara sekarang ialah ‘ruam’ daripada pencurian data kad kredit daripada rangkaian runcit yang besar seperti Home Depot dan Target.

Meskipun ancaman ini menjadi berita utama dan sangat menakutkan kerana e-commerce merupakan fenomena yang baharu dan perniagaan serta pelanggan belum benar-benar yakin akan cara-cara melindungi diri daripada penggodam, isu ini tetap dianggap kecil dan remeh dalam perihal pendapatan jenayah terancang secara amnya.

Suatu kaji selidik pada tahun 2013 yang dijalankan oleh Javelin Strategy and Research menganggarkan bahawa jumlah kerugian tahunan yang dideritai masyarakat Amerika ekoran pencurian identity ialah sekita $20 bilion. Namun yang demikian, sebahagian besar kerugian tersebut berpunca dari usaha-usaha untuk mencegah pencurian identity atau memulihkan kesannya berbanding dengan apa yang diperoleh si pencuri daripada perbuatan jenayah mereka itu. Cuba bandingkan hal ini dengan pendapatan yang diraih daripada bentuk-bentuk jenayah terancang yang lainnya seperti penjualan dadah dan perdagangan manusia: Organisasi Negara Amerika Syarikat (Organization of American States) menganggarkan bahawa pendapatan bagi penjualan kokain di Amerika Syarikat telah mencapai $34 bilion setiap tahun. Apabila anda menambahkan pasaran untuk ubata-ubatan terlarang yang lainnya serta sumber pendapat lain seperti perdagangan manusia dan pemerasan, jelaslah bahawa jenayah-jenayah terancang ini masih mendapatkan sebahagian besar wang mereka daripada kegiatan-kegiatan konvensional yang diwarisi turun-temurun biarpun timbul fakta bahawa penjenayah sering mencari cara baharu untuk mencari wang.

Jadi, siapa komplot penjenayah terancang yang terbesar di seluruh dunia dan bagaimana mereka menghasilkan wang mereka?

Pendapatan penjenayah sebegini sangat susah untuk dianggarkan kerana mereka sering menghabiskan banyak waktu untuk cuba menyembunyikan apa yang mereka lakukan. Selain itu, “jenayah terancang” merupakan suatu konsep yang didefinisikan secara am. Apapun boleh digolongkan sebagai kelompok jenayah terancang – dari jaringan penyeludupan dadah yang berleluasa hinggalah beberapa pencuri kereta. Pada masa yang sama, kesepaduan kumpulan jenayah terancang ini juga bervariasi. Beberapa kumpulan kongsi gelap seperti Yakuza di Jepun, yang sangat teratur dan mengikut hieraki, sehingga pengamat ekonomi dan pembasmi jenayah di Jepun menganggarkan pendapatan keseluruhan untuk kelompok Yakuza jauh lebih tinggi daripada yang lain di seluruh dunia.

Berikut ialah lima kumpulan jenayah yang disusun berdasarkan perkiraan pendapatan mereka:

1. Yamaguchi Gumi

Pendapatan: $80 bilion

Geng yang terkenal di dunia digelar Yamaguchi Gumi, salah satu daripada beberapa kelompok kolektif di Jepun yang lebih dikenali sebagai “Yakuza,” suatu istilah yang kira-kira setara dengan penggunaan istilah “mafia” di Amerika. Yamaguchi Gumi menjana lebih banyak wang daripada penjualan dadah berbanding sumber lainnya, demikian menurut Hiromitsu Suganuma, mantan Ketua Polis Nasional Jepun. Dua sumber utama pendapatan berikutnya ialah perjudian dan pemerasan, diikuti oleh “penyelesaian sengketa.”

Yakuza telah terbentuk ratusan tahun lamanya dan menurut Dennis McCarthy, penulis An Economic History of Organized Crime, kelompok Yakuza adalah yang paling kuat dan kukuh di dunia. Sementara geng Asia lainnya seperti Triad dari Bangkok, yang merupakan gagasan longgar yang terdiri daripada penjenayah yang lazimnya terikat oleh hubungan keluarga, Yakuza pula terikat bersama oleh “hierarki yang rumit”. Para anggota yang menyertai kumpulan Yakuza ini harus memutuskan ‘sumpah setia’ terhadap mana-mana geng terdahulu supaya mereka boleh menyokong Yakuza. Bahkan dengan pemerintah Jepun berusaha memberantas Yakuza dalam beberapa tahun terakhir, struktur kukuh ini telah membuatnya menjadi mudah untuk menghubungkan jumlah besar pendapatan untuk geng tunggal ini.

2. Solntsevskaya Bratva

Pendapatan: $8.5 bilion

Kelompok mafia asal Rusia ini berada di spektrum persatuan yang berlainan berbanding dengan geng Yakuza. Struktur mereka, menurut Frederico Varese, seorang profesor kriminologi di Universiti Oxford, dan ahli jenayah terancang antarabangsa tiada berpusat. Kelompok ini terdiri daripada 10 briged separa autonomi yang beroperasi secara kendiri dan tidak bergantung pada satu sama lain. Meskipun demikian kelompok ini tidak menyatukan sumber daya dan wang yang dihasilkan diawasi satu dewan yang beranggotakan 12 orang yang “bertemu secara teratur di berbagai-bagai belahan dunia, sering menyamarkan pertemuan mereka dengan acara-acara perayaan,” kata Varesi.

Dianggarkan bahwa kelompok tersebut mengakui mereka mempunyai lebih daripada 9000 anggota, dan bahawa sumber penghasilan utamanya ialah urusan jual beli dadah dan perdagangan manusia. Jenayah terancang di Rusia pada umumnya giat melibatkan diri dalam kegiatan jual beli heroin yang berasal dari Afghanistan: dianggarkan bahwa Rusia mengambil sekitar 12% daripada heroin dunia, sementara Rusia hanya mempunyai bilangan penduduk yang jumlahnya sekadar 0.5% daripada populasi dunia.

3. Camorra

Pendapatan: $4.9 bilion

Sementara gerakan mafia Italia-Amerika telah dilemahkan oleh penegak undang-undang dalam beberapa dekad akhir-akhir ini, mafia Itali di negara tua tersebut masih berjalan dengan aktif. Meskipun bertahun-tahun usaha giat dijalankan oleh warga tempatan, wartawan serta pihak pemerintah, pemerintah daerah di Italia tetap terkait dan melindungi berbagai-bagai kelompok mafia, sehinggakan suatu penelitian pada tahun 2013 dari Universiti Cattolica dan Joint Research Centre on Transnational Crime menganggarkan kegiatan mafia tersebut menghasilkan pendapatan $33 bilion dolar, sebahagian besar dibahagi di antara empat geng mafia utama Itali.

Camorra merupakan yang paling Berjaya daripada kelompok-kelompok ini kerana meraup kira-kira $4.9 bilion setiap tahun – baik dari eskploitasi seksual, perdagangan senjata api, ubat-ubatan, pemalsuan, perjudian, riba serta pemerasan,” menurut laporan itu lagi. Tambahan lagi, Camorra dianggap geng yang mapan dan telah lama bertahan. Bertapak di Naples, sejarah kelompok tersebut bermula dari abad ke-19, ketika awalnya dibentuk sebagai geng penjara. Setelah anggota-anggotanya dibebaskan dari penjara, kelompok tersebut semakin bertambah anggotanya semasa berlaku pergolakan politik berdarah di Itali sekitar 1800-an dengan menawarkan khidmat perlindungan dan berperanan sebagai sumber kekuatan parti politik dalam kalangan orang-orang miskin di Itali.

4. ‘Ndrangheta

Pendapatan: $4.5 bilion

Berpangkalan di wilayah Calabria Italia, ‘Ndarangheta ialah kelompok mafia kedua terbesar di negara tersebut berdasarkan pendapatan yang diraihnya. Sementara kelompok tersebut terlibat dalam banyak kegiatan haram sama seperti Camorra, ‘Ndrangheta menciptakan reputasi dengan menjalin hubungan antarabangsa bersama pedagang kokain Amerika Selatan, dan mereka juga menguasai sebahagian besar pasaran ubat-ubatan terlarang trans-atlantik yang menyediakan bekalan ke Eropah. Mereka juga telah memperluas operasi di AS dan telah membantu menyokong jenayah yang dilakukan oleh keluarga Gambino dan Bonnano di New York. Pada bulan Februari, pasukan polis Itali dan Amerika menangkap puluhan anggota keluarga ‘Ndrangheta dan Gambino dan mendakwa mereka dengan jenayah yang berkaitan dengan perdagangan dadah trans-atlantik.

5. Kartel Sinaloa

Pendapatan: $3 bilion

Sianola merupakan penguasa dadah terbesar di Mexico, salah satu daripada beberapa geng yang telah menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk Mexico kerana berperanan sebagai orang tengah dalam urusan jual beli dadah dengan pengeluar dadah Amerika Selatan dan pasaran Amerika yang sukar dibasmi. Pejabat Utama Pengendalian Ubat Gedung Putih menganggarkan Amerika menghabiskan $100 bilion bagi ubat-ubatan terlarang setiap tahun dan RAND Corporation menyatakan bahawa sekitar US $6.5 bilion daripada jumlah tersebut dihasilkan oleh penguasa dadah di Mexico. Dengan anggaran 60% pemegang saham dalam pasaran, penguasa dadah Sinaloa mengaup keuntungan sekitar $3 bilion setiap tahun.

Ternyata, ada berita yang mengkhabarkan penangkapak ketua Sinaloa pada bulan Februari dan kumpulan tersebut nampaknya telah menghindari semacam pertempuran berdarah lagi mahal bagi mencari pengganti seperti yang telah melanda beberapa kelompok ketika seorang ketuanya diambil daripada jabatannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.