Kiriman pada: Wed, Dec 16th, 2015

5 sebab anda patut teruja dengan Star Wars: The Force Awakens

Kongsi maklumat ini
Tags

TFA_thumb_b1c49964KUALA LUMPUR: Peminat filem Star Wars kini sudah pastinya tidak senang duduk menantikan tarikh 17 Disember. Masakan tidak, penantian mereka untuk menonton sekuel terbaharu filem itu akan berakhir apabila Star Wars:The Force Awakens menjengah panggung.

Sementara menantikan hari esok, kami kongsikan 5 sebab mengapa anda patut teruja dengan francais Star Wars kali ini.

Luke, Leia, Han, dan Chewie

Tidak keterlaluan jika dikatakan watak-watak ini adalah antara watak paling ikonik dalam sejarah perfileman. Sebut sahaja Star Wars, kita akan pantas teringat akan empat serangkai ini. Kali terakhir muncul dalam dalam francais ketiga iaitu Star Wars: Return of the Jedi pada tahun 1983, pasti kembalinya mereka dalam siri kali ini antara yang paling ditunggu-tunggu.

J.J Abrams

Penggemar filem dan drama antarabangsa tentunya sudah mengenali pengarah hebat ini. Antara hasil kerjanya adalah Star Trek: Into Darkness dan Mission: Impossible III, di samping siri TV paling disukai ramai, Lost dan Alias.

Dengan rekod yang baik, tentu ramai yang tak sabar untuk melihat hasil arahan Abrams dalam The Force Awakens.

Rey dan Finn

Dua watak baharu diperkenalkan dalam francais kali ini. Ramai pemerhati filem berpendapat watak kedua-duanya sangat mirip dengan Luke Skywalker; yang sering dalam pencarian kerana tahu ada masa depan lebih baik menanti.

Lawrence Kasdan

Siapa lagi yang lebih mengenali Han Solo selain daripada orang yang mencipta watak itu? Kehadiran Kasdan sebagai penulis skrip bersama Abrams dilihat satu kombinasi yang menarik. Bersedialah untuk mendengar beberapa quote yang pastinya akan diingati untuk satu tempoh yang lama.

Tiada pengakhiran
Star Wars bukanlah sebuah filem yang ada pengakhiran. Peminat filem ini tahu sebaik sahaja perkataan ‘The End’ terpapar di skrin panggung wayang, ia bukanlah untuk selama-lamanya. Apatah lagi dengan khabar angin dua francais terbaharu sedang dalam pembikinan, pasti anda akan tersenyum apabila keluar dari panggung, tidak kisah bagaimana sekalipun penamat siri kali ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.