Kiriman pada: Fri, Nov 6th, 2015

50 Mangsa Banjir Di Perak Masih Berada Di Pusat Pemindahan

Kongsi maklumat ini
Tags

nrsjIpoh – Sejumlah 50 orang daripada 13 keluarga mangsa banjir dari Taman Pulai Raya di sini masih ditempatkan di Dewan Komuniti Taman Bersatu berikutan rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat hampir empat jam dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak Yahya Madif berkata mangsa banjir dari kawasan Buntong dan Kampung Tasek yang ditempatkan di dua pusat permindahan sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang semalam.

“Kemungkinan kesemua mangsa banjir terbabit akan dibenarkan pulang selewat-lewatnya petang ini memandangkan keadaan cuaca kering dan tidak hujan sejak semalam,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata hujan lebat dua hari lepas menyebabkan paras air meningkat 0.5 meter dan lambat surut disebabkan aliran keluar terhalang.

Yahya berkata antara agensi yang terlibat membantu mangsa banjir ialah JBPM, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.