Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

53,880 asnaf terima bantuan Aidilfitri MAIWP

Kongsi maklumat ini
Tags

najib-razak-20140101KUALA LUMPUR: Sejumlah 53,880 penerima skim Bantuan Bulanan Baitulmal menikmati bantuan Aidilfitri sebanyak RM500.

Bantuan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis yang diadakan di MAEPS, Serdang.

Tiga kumpulan asnaf dikenal pasti sebagai penerima bantuan Aidilfitri kali ini iaitu dari kalangan asnaf fakir, miskin dan mualaf di Wilayah Persekutuan.

Majlis ini turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Zainal Abidin Jaffar.

Dalam majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan Pelan Perlindungan Takaful Asnaf Baitulmal MAIWP yang memberikan perlindungan kepada asnaf yang ditimpa musibah di samping menjaga kebajikan golongan ini sehingga ke akhir hayat.

Selain itu, Datuk Seri Najib juga turut melancarkan Kaunter Bergerak Baitulmal yang berfungsi menjejak dan juga memudahkan permohonan bantuan terutamanya bagi golongan asnaf yang uzur.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.