Kiriman pada: Wed, Mar 11th, 2015

587 Daripada 42,297 Syarikat Yang Tidak Laksanakan Polisi Pembayaran Kadar Gaji Minimum

Kongsi maklumat ini
Tags

duitgaji3Kuala Lumpur – Hanya 587 daripada 42,297 syarikat yang diperiksa didapati tidak melaksanakan polisi pembayaran kadar gaji minimum kepada pekerja setakat 31 Jan lepas, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Menjawab soalan pada sesi soal-jawab di Dewan Rakyat hari ini, Riot berkata majikan yang tidak melaksanakan gaji minimum itu telah diberi tindakan notis pematuhan.

Selain itu katanya, sebanyak 1,201 tuntutan kes buruh berkaitan gaji minimum telah diterima dan 23 peratus (276 kes)selesai dibicarakan di Mahkamah Buruh manakala 925 (77 peratus) masih dalam tindakan pegawai.

“Sebanyak 90 peratus (1,071 kes) daripada 1,796 kes selesai disiasat bagi aduan mengenai kegagalan majikan membayar gaji minimum. 176 masih dalam tindakan Jabatan Tenaga Kerja.

“177 kertas pendakwaan dibuka. Daripada jumlah itu, 109 (62 peratus) diberi izin untuk pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Jumlah kompaun yang dikenakan adalah RM144,800,” katanya semasa menjawab soalan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.