Kiriman pada: Tue, Nov 24th, 2015

587 Mangsa Banjir Kuala Selangor Masih Di Tujuh Pusat Penempatan

Kongsi maklumat ini
Tags

BANJIR DI KUALA SELANGORKuala Selangor – Sebanyak 587 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat penempatan di daerah Kuala Selangor setakat 10 pukul pagi ini.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Selangor Shamsul Shahril Badlisza Mohd Noor , daripada jumlah itu, sebanyak 388 orang daripada 72 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang.

Mangsa lain ditempatkan di Balai Raya Kampung Bukit Kuching (61 mangsa), Balai Raya Kampung Bukit Cherakah (35 mangsa), Balai Raya Kampung Bukit Hijau (34), Balai Raya Kampung Asahan (11) dan Masjid Simpang Tiga Jeram serta Ladang Tuan Mee, masing-masing 29 mangsa,” katanya.

Semalam, beliau dilaporkan berkata pihaknya dan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melakukan pelbagai persiapan bagi menghadapi kejadian air pasang besar di perairan Kuala Selangor yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.