Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

6 fakta yang membuktikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selesa.

Kongsi maklumat ini
Tags

visit-malaysia-20141. Pertumbuhan Malaysia semasa Kemelesetan Ekonomi Dunia adalah sesuatu yang luar biasa.

Antara tahun 2009 dan 2014, pendapatan kasar Negara meningkat kepada 47.7 peratus. OECD menjangkakan bahawa ekonomi Malaysia akan meningkat kepada 5.6 peratus setiap tahun. Sebaliknya, pakar ekomoni melaporkan bahawa “Suruhanjaya Eropah meramalkan pertumbuhan pada 2015 iaitu 1.5 peratus dimana ianya menjadi kawasan pengeluaran terbaik Euro sejak 2011”. Ini bermakna Malaysia semakin berkembang pada kadar empat kali ganda dan ianya merupakan antara ekonomi terbaik di dunia.

2. Pertumbuhan ini didorong oleh Pertumbuhan Pelaburan Swasta yang kuat.

Pada 5 tahun yang lalu, pertumbuhan pelaburan tahunan telah menjangkau 2.5 kali lebih daripada tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, setiap tahun, jumlah pelaburan telah mencapai rekod baru untuk Malaysia. Sebahagian besar daripada pelaburan ini adalah daripada sektor swasta. Ini menunjukkan keyakinan sektor swasta dan asas yang kukuh dalam ekonomi Malaysia.

3. Pengurangan Kadar Defisit adalah seperti yang dirancang

Pembaharuan kewangan Malaysia telah berjaya dilaksanakan, dengan defisit kewangan berkurang untuk 5 tahun yang lalu, sementara mengekalkan hutang awam pada hanya 53% daripada GDP. Kadar hutang awam ini adalah pada kadar yang jauh lebih rendah daripada beberapa negara seperi US, UK, Perancis, Jepun dan Singapura.

4. Kami telah menghapuskan kadar kemiskinan tegar.

Mengikut kepada laporan Global Prospek Ekonomi Bank Dunia pada tahun 2014, Malaysia telah hampir menghapuskan keseluruhan kadar kemiskinan tegar kepada kurang daripada 1 peratus. Sejak tahun 2009, pendapatan kumpulan 40 peratus isi rumah terbawah telah meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 12 peratus, malah lebih tinggi daripada kadar purata negara iaitu 8 peratus. Kadar inflasi berada dalam keadaan yang terkawal iaitu hanya 2.4 peratus. Dan melalui pelaksanaan undang-undang gaji minimum, kami telah mengeluarkan 2.9 juta orang secara serta merta daripada miskin tegar.

5. Polisi asas liberalisasi kaum

Mengikut Bloomberg, mereka telah melaporkan bahawa Malaysia telah memudahkan peraturan yang mengawal pelaburan negara, memulakan tawaran awam dan pembelian harta, telah mengupas kembali (decades of benefit) menfaat yang banyak kepada etnik Melayu. Syarikat-syarikat asing melabur di Malaysia dan perniagaan yang disenaraikan dalam negara tidak lagi diperlukan untuk mengetepikan 30 peratus daripada ekuiti mereka kepada pelabur Bumiputera. Bagi memulakan tawaran awam, syarikat-syarikat yang diniagakan secara umum tidak lagi perlu memenuhi apa-apa kehendak ekuiti Bumiputera dibawah ukuran liberalisasi pada hari ini.

6. Model Ekonomi Malaysia dipuji secara meluas sebagai satu kejayaan pada peringkat antarabangsa

Kerana pencapaian ini, Datuk Sri Idris Jala telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau di Universiti Havard dan Oxford. Beliau juga dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau bersama kabinet menteri Rusia di Moscow. Memandangkan ianya satu kejayaan, Negara-negara seperti Tanzania, Afrika Selatan dan India juga kini melaksanakan model yang sama dalam pembangunan agenda negara mereka menggunakan perkhidmatan perundingan daripada Pemandu.

Lagipun, pada tahun lepas, dua orang pengkaji daripada Bank Dunia, Professor Charles Sabel dan Luke Jordan, telah menerbitkan kertas penyelidikan yang bertajuk “membuat, mempelajari, menjadi: Kajian Transformasi Malaysia” yang mengandungi pengakuan mereka berkenaan keputusan sebenar transformasi di Malaysia.

Ekoran daripada itu, pada tahun 2014, Pemandu juga dipilih sebagai salah satu daripada 20 Kumpulan Inovasi Kerajaan yang bertaraf dunia oleh Nesta, yang merupakan badan inovasi di UK dan Bloomberg Philanthropies.

Anda sudah berasa muak? Lebih baik anda membiasakannya. Siapa tahu berita baik akan tiba tidak lama lagi semasa anda tidak mengharapkannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.