Kiriman pada: Tue, Dec 15th, 2015

625 Mangsa Banjir Ditempatkan Di Sembilan Pusat Pemindahan Di SELANGOR Pagi Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

nrsjShah Alam – Seramai 625 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di sekitar Selangor setakat 9 pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata daripada jumlah itu 242 orang, yang melibatkan 59 keluarga, ditempatkan di Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang.

Beliau berkata mangsa lain ditempatkan di Balai Raya Kampung Salak, Salak Tinggi seramai 30 orang, Dewan Taman Gemilang, Dengkil (104 orang), surau RTB Labu Lanjut, Sepang (77 orang) dan surau Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor (40 orang).

Selain itu, Surau At-Taufikiah, Puncak Alam (22 orang), Dewan Majlis Perbandaran Klang, Kampung Kuantan di Klang (17 orang), Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Kapar (58 orang) serta Dewan Orang Ramai Genting Sanyen, Sepang (35 orang), katanya.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca semasa bagi pengurusan kerja-kerja memindahkan mangsa banjir.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.