Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

63,000 PELAJAR MOHON SERTAI PLKN BULAN MAC INI

Kongsi maklumat ini
Tags

gcjhGenting Higlands – Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) telah berjaya menarik minat seramai 63,000 pelajar yang memohon menyertainya secara sukarela sejak ia dibuka November tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata jumlah itu dijangka akan terus meningkat dengan bantuan pihak sekolah yang memainkan peranan dalam menggalakkan para pelajar untuk menyertai program tersebut.

“PLKN 2.0 yang akan bermula pada Mac ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama meliputi latihan di dalam kem selama lapan minggu, manakala fasa kedua, pelajar boleh memilih untuk menyertai kursus kemahiran di institusi kemahiran yang ditawarkan bagi tempoh tiga hingga 36 bulan.

“Program kemahiran ini melibatkan pelbagai bidang seperti automotif, kimpalan dan elektrikal,” katanya pada sidang media Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016.

Mohmed Asri berkata ia merupakan landasan yang baik bagi membantu pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi untuk menyertai program kemahiran.

Usaha ini adalah hasil kerjasama JLKN dengan 10 agensi kerajaan yang turut melibatkan 400 institusi kemahiran.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.