Kiriman pada: Sun, Feb 14th, 2016

75 Pratus Jalan Raya Malaysia Bertaraf 3 Bintang Menjelang 2020

Kongsi maklumat ini
Tags

US-UN-SECURITY COUNCILKuala Lumpur – Kementerian Pengangkutan dan pemegang taruh lain, komited meningkatkan mutu 75 peratus infrastruktur jalan raya di negara ini, untuk sekurang-kurangnya mencapai tahap tiga bintang menerusi rangkaian jalan raya berkapasiti tinggi menjelang 2020.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ia adalah selari dengan objektif Plan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 yang bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

“Kita memiliki banyak jalan raya berstatus tiga bintang dan ke atas kerana jalan raya di negara ini dirancang dengan baik.

“Kami yakin sasaran itu dapat dicapai kerana gembira dengan program yang dilancarkan hari ini untuk meningkatkan keselamatan jalan raya,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Tajaan antara Shell dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) semalam.

Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo dan Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail mewakili syarikat minyak itu dalam majlis berkenaan, manakala MIROS diwakili Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah, Prof Dr Wong Shaw Voon.

Di majlis itu, Liow turut melancarkan Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP), satu program sokongan untuk mengukuhkan amalan audit keselamatan jalan raya sedia ada serta program kawasan hitam.

Ia berperanan agar jalan raya berisiko tinggi tidak lagi digunakan di negara ini.

Berbekalkan rekod kejayaannya, program itu telah diguna pakai di lebih daripada 70 negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.