Kiriman pada: Fri, Sep 16th, 2016

8 Tahun Dahulu Sepatutnya Anwar Jadi Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

16septHampir 53 tahun kita menyambut perayaan Hari Malaysia bermula dari tahun 1963, cuma baru beberapa tahun kebelakangan ini sahaja kita benar-benar meraikannya itu pun setelah dibangkitkan oleh Bapa Reformasi Malaysia Anwar Ibrahim, jika tidak kita pun tidak sedar rupanya selain sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia juga perlu di raikan.

Dengan penganugerahan dan permintaan agar Hari Malaysia turut diraikan secara sebenarnya maka kerajaan telah meluluskan pada setiap 16 September di umumkan sebagai hari cuti, dalam hal ini kita kena berterima kasih kepada Nawar dan kumpulan reformasinya dan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan cuti ini.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun adalah suatu hari dimana kita memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia ( Singapura kemudiannya keluar dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965).

Pelbagai peristiwa yang dapat kita lihat dan ingati disepanjang perjalanan perjuangan kumpulan reformasi yang membangkitkan isu hari Malaysia 16 September ini, jika ditanya kepada anak muda yang sama berjuang di dalam era kebangkitan reformasi sudah pasti 16 September ini bukan sahaja disambut sebagai Hari Malaysia tetapi lebih di ingati sebagai hari Anwar mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Itu yang lebih di ingati oleh mereka sama ada yang masih terus berjuang mahupun yang telah meninggalkan perjuangan ini yang mereka anggap sia-sia, pada mereka janji 16 September ini tidak lain hanyalah bohong Anwar kepada pengikut dan pejuang reformasi.

16 September juga di ingati sebagai hari bertungkus lumus puak penyokong Anwar untuk menghubungi dengan setiap wakil rakyat dari Barisan Nasional dan menjanjikan sesuatu termasuk menawarkan jawatan dalam kerajaan Anwar jika mereka melompat dari parti Barisan Nasional.

Begitu juga dengan pemburuan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sedang melakukan lawatan sambil kerja di Korea juga sudah pasti menjadi ingatan kepada rakyat selain Hari Malaysia, sebelum dari itu Anwar telah memaklumkan bahawa dia sudah pun menerima sokongan yang kuat dan mampu menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan Barisan Nasional.

Sekiranya semua ini berlaku maka hari ini 16 September bukan sahaja akan disambut sebagai Hari Malaysia tetapi juga akan disambut sebagai Hari Anwar Menjadi Perdana Menteri, Hari Kebangkitan Rakyat Menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional atau hari Pakatan Rakyat Berjaya Ambil Alih Putrajaya.

Tetapi ternyata kesemua impian itu terkubur dengan sendirinya dan membuktikan bahawa semua cerita mengambil alih kerajaan ini adalah bohong semata, hari yang sepatunya diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia digunakan sebagai satu hari menumpang oleh puak reformasi sebagai hari kebangkitan rakyat untuk membentuk kerajaan baharu pada 16 September.
whatsapp-image-2016-09-16-at-12-13-44-am
Jika di congak sahingga 16 September hari ini bermula dari tahu 2008 ketika Anwar menabalkan akan keujudan kerajaan baharu, sudah 8 tahun rupanya berlalu, tetapi yang nyata Dato’ Seri Najib yang menjadi Perdana Menteri setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tampok pimpinan negara kepadanya dan bukan kepada Anwar.

Walaupun pada ketika itu ramai yang percaya karisma Anwar tetapi tidak kurang juga yang mempertikaikan strateginya, malah ketika ini pun masih ada yang yakin bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri walaupun kini beliau telah di penjarakan kerana didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes meliwat pekerjanya sendiri.

Apa pun hari ini jika Dato’ Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional tidak mengistiharkan 16 September sebagai hari cuti umum, sudah pasti ramai orang tidak tahu bahawa hari ini adalah sambutan Hari Malaysia dan mungkin mereka hanya ingati hari ini sebagai hari Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.