Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

86 kg dadah dirampas, serbuan terbesar di Pulau Pinang tahun ini

Kongsi maklumat ini
Tags

11874059_10153207926658515_1533129535_n.transformedGEORGETOWN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini berikutan rampasan 86 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM258,000 di Bayan Lepas, awal pagi kelmarin. Dalam serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di kawasan Relau pada jam 2.55 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan selepas pemeriksaan pada kenderaan miliknya menemui dadah terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kiang, berkata serbuan terbabit adalah antara yang terbesar pada tahun ini selepas suspek dipantau pihak berkuasa sejak awal tahun lagi.

“Suspek bertindak mengubah suai bahagian bonet kereta jenis Honda Civic bagi menyembunyikan dadah terbabit yang diedar di kawasan Utara,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.