Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

90 Peratus Responden Setuju Pembinaan MRT 2

Kongsi maklumat ini
Tags

kfyKuala Lumpur – Cadangan pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kedua (MRT 2), menerima reaksi positif masyarakat dengan hampir 90 peratus daripada 10,000 responden bersetuju dengan usul itu, kata Pengarah MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Datuk Azmi Mat Nor.

Beliau berkata perkara itu berdasarkan pemeriksaan awam selama tiga bulan yang dijalankan oleh syarikat di 15 lokasi sehingga 17 Ogos lalu.

Syarikat kini menjalankan analisis terperinci terhadap maklum balas yang diterima itu, katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen latihan industri Kolej Komuniti-MMC-Gamuda di tapak pembinaan MRT.

MMC-Gamuda merupakan kontraktor utama MRT dan rakan kongsi penyerahan projek (PDP) MRT 2 yang melibatkan Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Jajaran SSP).

Mengulas lanjut, Azmi berkata syarikat akan menyerahkan keputusan pemeriksaan awam itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tindakan seterusnya.

Terdahulu MMC-Gamuda memeterai perjanjian PDP dengan Mass Rapit Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi Jajaran SSP yang memperuntukkan MMC-Gamuda menyerahkan Jajaran SSP dalam kos sasaran dan tarikh serahan sasaran yang dipersetujui.

Sementara itu, Pengarah MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Datuk Paul Ha Tiing Tai berkata syarikat menjangka tender untuk MRT 2 dibuka pada September ini.

Pada majlis konvokesyen hari ini, 17 pelajar perintis daripada Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Kuantan menamatkan latihan selama tiga semester di Akademi Latihan Terowong yang merupakan sebahagian daripada tempoh pengajian selama dua tahun di kolej komuniti masing-masing.

MMC-GAmuda turut menawarkan pekerjaan sebagai juruelektrik dan pembantu teknik kepada kesemua graduan terbabit.

Akademi Latihan Terowong itu ditubuhkan khas bagi memenuhi keperluan kemahiran membina terowong dan kepakaran bagi projek MRT.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.